CAN NOT FIND WHAT YOU LOOKING FOR..TRY THIS

Custom Search

WAKTU TERBAIK UNTUK BERSENAM


benarkah untuk bersenam pun ada waktu yang sesuai dan ada waktu yang tidak?

walaupun tidak secara kesuluruhan tetapi diakui waktu bersenam juga memainkan peranan dalam penurunan berat badan.minggu kedua selepas kitaran haid anda berakhir adalah minggu terbaik untuk anda melakukan aktiviti kecergasan.
ia dikatakan dapat membantu membakar lebih banyak lemak tanpa berasa letih yang keterlaluan.

kajian yang dilakukan ke atas sekumpulan wanita Australia mendapati bahawa dari hari pertama proses ovulasi anda berlaku hinggalah anda datang haid yang berikutnya,penghasilan hormon estrogen dan progesteron adalah sangat tinggi.biasanya tubuh akan membakar karbohidrat untuk dijana sebagai tenaga.

bagaimanapun ketika minggu kedua kitaran haid ini,hormon estrogen ini membenarkan lebih banyak lemak dibakar untuk dijana sebagai tenaga ketika anda melakukan senaman.
pembakaran lemak akan mengurangkan penghasilan asid laktik seterusnya membuat tubuh anda terhindar dari keletihan di samping mengurangkan tekanan pada otot