CAN NOT FIND WHAT YOU LOOKING FOR..TRY THIS

Custom Search

BERSALIN DALAM AIR KURANG SAKIT



kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di
united kingdom dan amerika syarikat.ramai yang mempraktikan kaedah
ini mengakui bersalin dalm air lebih merehatkan dan umpama spa yang
memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.di malaysia,kaedah ini
tidak begitu diterima rakyat malaysia memandangkan ia agak
bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di malaysia tetapi
kebanyakanya yang memilihnya adalah wanita inggeris yang menetap
di malaysia.untuk bersalin didalam air,seorang ibu perlukan kolam
dipenuhi air dengan suhu bilik 37 darjah selsius,tidak terlalu sejuk
dan tidak terlalu panas.
keadaan ibu pula mestilah sihat,tidak mempunyai
penyakit lain seperti tekanan darah tniggi atau kencing manis.
ramai yang beranggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan
akan lemas di dalam air.tanggapan tersebut salah kerana bayi
baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat.apabila
seorang ibu bersalin,keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi
kepada mereka.berdasarkan kajian,posisi bersalin yang paling baik
untuk si ibu ialah dengan bertinggung

SELAMATKAH ALAT PENGERING TANGAN


selepas mencuci tangan dengan sabun tidak kira di tandas awam
mahupun di restoran,kita cenderung mengeringkan tangan yang basah
dengan alat atau mesin pengering tangan.tahukah anda cara ini sebenarnya
tidak selamat kerana suhu mesin yang panas akan memudahkan bakteria
hidup dengan lebih galak lagi?????
setiap tangan manusia mengandungi sekitar 500,000 bakteria.
apabila anda mengaktifkan mesin pengering,ia akan menyebarkan bakteria
dengan lebih banyak.jadi tangan anda akan menjadi lebih kotor berbanding
sebelumya.jika ada pilihan tisu pengelap,pilih tisu sahaja.kalau tidak,
keringkan sahaja tangan dengan tisu sendiri atau sapu tangan

TINGKATKAN KESIHATAN ANDA


selain melakukan rutin biasa seperti makan makanan seimbang dan bersenam sekurang-kurangnya setengah jam sehari untuk sihat,berikut adalah lima cara lain untuk menigkat kan kesihatan anda

-menangis lah semasa perlu kerana ia mengurangkan hormon tekanan anda

-minumlah susu panas sebelum tidur kerana susu mengandungi asid amino yang mampu
membuatkan tidur anda lebih lena

-makan ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.asid lemak sihat yang ada pada
hidupan laut ini sangat bagus untuk kulit anda,jantung dan minda.bahkan ia juga
membantu menguragkan segugut

-flos gigi anda kerana ia adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit gusi dan
pertumbuhan plak.walaupun kaitanya masih kabur,gusi yang sihat dipercayai
berhubungkait dengan jantung yang kuat

KESIHATAN UNTUK MATA


bagi anda yang perlu mengadap komputer setiap hari,titikberatkan tip ini.
ini kerana mata yang sering merenung komputer akan menjadi letih jika tidak direhatkan.
tidak mustahil jika anda mungkin hilang penglihatan menjelang umur lima puluh tahn.
walau berapa lama pun anda berada di hadapan komputer atau melakukan sesuatu di atas kertas,berdiri dan jauhkan
pandangan anda dari layar untuk beberapa minit.mengerdipkan mata boleh membasahkan
mata selain merehatkanya.pastikanjuga ruang pejabat anda mempunyai cukupterang.