CAN NOT FIND WHAT YOU LOOKING FOR..TRY THIS

Custom Search

WAKTU TERBAIK UNTUK BERSENAM


benarkah untuk bersenam pun ada waktu yang sesuai dan ada waktu yang tidak?

walaupun tidak secara kesuluruhan tetapi diakui waktu bersenam juga memainkan peranan dalam penurunan berat badan.minggu kedua selepas kitaran haid anda berakhir adalah minggu terbaik untuk anda melakukan aktiviti kecergasan.
ia dikatakan dapat membantu membakar lebih banyak lemak tanpa berasa letih yang keterlaluan.

kajian yang dilakukan ke atas sekumpulan wanita Australia mendapati bahawa dari hari pertama proses ovulasi anda berlaku hinggalah anda datang haid yang berikutnya,penghasilan hormon estrogen dan progesteron adalah sangat tinggi.biasanya tubuh akan membakar karbohidrat untuk dijana sebagai tenaga.

bagaimanapun ketika minggu kedua kitaran haid ini,hormon estrogen ini membenarkan lebih banyak lemak dibakar untuk dijana sebagai tenaga ketika anda melakukan senaman.
pembakaran lemak akan mengurangkan penghasilan asid laktik seterusnya membuat tubuh anda terhindar dari keletihan di samping mengurangkan tekanan pada otot

BERSALIN DALAM AIR KURANG SAKIT



kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di
united kingdom dan amerika syarikat.ramai yang mempraktikan kaedah
ini mengakui bersalin dalm air lebih merehatkan dan umpama spa yang
memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.di malaysia,kaedah ini
tidak begitu diterima rakyat malaysia memandangkan ia agak
bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di malaysia tetapi
kebanyakanya yang memilihnya adalah wanita inggeris yang menetap
di malaysia.untuk bersalin didalam air,seorang ibu perlukan kolam
dipenuhi air dengan suhu bilik 37 darjah selsius,tidak terlalu sejuk
dan tidak terlalu panas.
keadaan ibu pula mestilah sihat,tidak mempunyai
penyakit lain seperti tekanan darah tniggi atau kencing manis.
ramai yang beranggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan
akan lemas di dalam air.tanggapan tersebut salah kerana bayi
baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat.apabila
seorang ibu bersalin,keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi
kepada mereka.berdasarkan kajian,posisi bersalin yang paling baik
untuk si ibu ialah dengan bertinggung